10 Jun – Penyanyi terkenal Justin
Bieber membuktikan diri dan juga peminatnya semakin dewasa dengan memuat
naik sekeping foto pakaian dalam wanita di akaun Instagram miliknya.
Disertakan kapsyen "I guess everyone grows up" (Saya rasa semua
akan membesar), Bieber, 19, berkongsi foto baju dalam berwarna kuning
air di atas pentas dengan beribu gadis menjerit di bahagian belakang
yang diambil di salah satu siri jelajah "Believe".Nampaknya apa yang dikatakan oleh pelantun "Beauty And A Beat" sememangnya benar kerana sejak kebelakangan ini, Bieber sering terlibat dengan pelbagai masalah disiplin serta kesalahan undang-undang.
Pada awal Mei lalu, Bieber tegas mempertahankan dirinya selepas dikritik oleh orang ramai ketika menerima Milestone Award di Anugerah Muzik Billboard.
"Saya berusia 19 tahun. Saya merasakan saya telah membuat yang terbaik. Jujur dari hati saya, apa yang saya ingin katakan ia sepatutnya berkaitan dengan muzik. Ia sepatutnya tentang apa yang saya lakukan. Ia bukan gimik. Saya seorang artis dan saya sepatutnya dipandang serius."
No comments:
Post a Comment