Friday, 28 June 2013
Sunday, 23 June 2013
Sun, Jun 23, 2013 at 1:03 PM
Sun, 1:03 PM
from lina@jobstreet.com to you
Inventory Control Auditor (MYR 2500 - 4000) + 4 new jobs - Job Alert from JobStreet.com
This message contains blocked images.
Show ImagesOptions
| |||||||||||||||||||||||
Saturday, 15 June 2013
Monday, 10 June 2013
ustin Bieber muat naik foto pakaian dalam
10 Jun – Penyanyi terkenal Justin
Bieber membuktikan diri dan juga peminatnya semakin dewasa dengan memuat
naik sekeping foto pakaian dalam wanita di akaun Instagram miliknya.
Disertakan kapsyen "I guess everyone grows up" (Saya rasa semua
akan membesar), Bieber, 19, berkongsi foto baju dalam berwarna kuning
air di atas pentas dengan beribu gadis menjerit di bahagian belakang
yang diambil di salah satu siri jelajah "Believe".Nampaknya apa yang dikatakan oleh pelantun "Beauty And A Beat" sememangnya benar kerana sejak kebelakangan ini, Bieber sering terlibat dengan pelbagai masalah disiplin serta kesalahan undang-undang.
Pada awal Mei lalu, Bieber tegas mempertahankan dirinya selepas dikritik oleh orang ramai ketika menerima Milestone Award di Anugerah Muzik Billboard.
"Saya berusia 19 tahun. Saya merasakan saya telah membuat yang terbaik. Jujur dari hati saya, apa yang saya ingin katakan ia sepatutnya berkaitan dengan muzik. Ia sepatutnya tentang apa yang saya lakukan. Ia bukan gimik. Saya seorang artis dan saya sepatutnya dipandang serius."
Jom Uji – Berbaloikah Memiliki Samsung Galaxy S4?
Jom Uji – Berbaloikah Memiliki Samsung Galaxy S4?
Setelah
menempa nama dengan model-model meletup sebelum ini, Samsung sudahpun
mengeluarkan Samsung Galaxy S4 kepada pengguna tempatan dengan harga
pasaran sebanyak RM2,199.
Sebelum kita ke kedai atau menempah telefon ini
menerusi syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi atau U
Mobile, cuba tanya diri sendiri, adakah berbaloi untuk membeli telefon
baru Samsung ini? Blog ini akan cuba menjawab persoalan anda di akhir
artikel selepas beberapa penerangan mengenai spesifikasinya.
Ini adalah siri telefon pintar yang terbaru dari Samsung yang diikuti
dari Note ke Note 2 dan Galaxy S3. Ciri-ciri yang terdapat padanya
dilengkapi dari keluarga Galaxy dengan tambahan ciri dan teknologi yang
terbaru.Kita mulakan dengan apa yang tidak berubah, iaitu rekabentuk, saiz tidak banyak beza dengan Galaxy S3. Sedikit nipis yang menampakkan kesesuaian dengan skrin 5 inci. Bahagian sisi pula diratakan berbanding Galaxy S3 menjadikan lebih selesa dalam genggaman. Ok, tapi masih ada kekurangannya, rekaan GS4 masih dirasakan seolah-olah bukanlah telefon pintar yang premium. Ianya masih direka dengan plastik, OK, plastik yang premium tetapi tahan lasak. Jadi bila tangan anda mudah berpeluh, mungkin kurang selesa. Ya, rekabentuk ergonomik mungkin menjadi pilihan Samsung. Ciri rekabentuk lain jelas menunjukkan, ianya hanya kurang premium jika dibandingkan dengan iPhone dan HTC One. Samsung percaya pengguna akan terlepas pandang kekurangan tersebut. Apalah agaknya rekabentuk Galaxy S5 nanti kan?
Jika bercakap tentang skrin, Samsung memang pandai
menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu skrin yang terdapat pada GS4
tersangatlah menarik. Ia dilengkapi Super Amoled HD yang mana sangat
terang, kurang tepu warna, (ok, tak faham? Saturation!) yang menjadikan
skrin ini mantap.
Baca juga: Samsung Telah Menjual 10 Juta unit S4
Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera
sekaligus. Kamera depan dan kamera belakang beroperasi pada satu masa
dengan beberapa pilihan template bagi kotak depan dan 'background'.
Contohnya, kamera depan merakam gambar anda dan kamera belakang merakam
gambar persekitaran. Empat langkah mudah menggunakan ciri ini ialah
aktifkan fungsi, sentuh dan leretkan untuk menggerakkan kotak kamera
depan, pilih template dan terus rakam.
Cipta Group (kumpulan rakan atau keluarga) seakan Whatsapp atau BBM tetapi anda boleh memasang muzik, berkongsi video atau foto, dokumen atau bermain game. Katakan seorang rakan dalam Group anda menghantar muzik, kesemua rakan lain boleh mendengarnya serentak. Terhad kepada lapan orang dan berada dalam lingkungan wifi terdekat saja. Anda boleh menetapkan kata laluan pada masa sama jika tidak mahu Group lain mendengar/lihat/kongsi apa yang anda lakukan dalam Group anda. Tetapi, muzik yang anda dengar tidak boleh disalin berikutan masalah cetak rompak yang berlaku.
Baca juga: Jom Uji – HTC One, Gila Terbaik: Android Paling Best, Inikalilah Tukar!
Aplikasi S Translator, berbeza daripada Google
Translate. Jauh berbeza, kalau anda berada di luar negara, asalkan
mempunyai data, anda boleh boleh alih bahasa dengan meminta orang yang
sedang bercakap dengan anda untuk 'bercakap' dengan telefon dan ia akan
menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa yang ada fahami. Dalam kes
ini, bahasa Inggeris yang paling hampir. Contoh, anda ke China dan ingin
memesan roti, hanya taip dalam bahasa Inggeris dan ia akan
menterjemahkan dalam perkataan kemudian menyebutnya dan apabila pekedai
membalasnya, suaranya akan diterjemahkan semula ke dalam perkataan.
Antara ciri yang saya muatkan dalam segmen Jom Uji kali ini mungkin berbeza dari reviu lain dan apa yang boleh disimpulkan adalah seperti di bawah adalah saranan jika anda ingin membeli telefon Samsung Galaxy S4:
Sunday, 9 June 2013
Banjir separas buku lali
Difahamkan, kejadian banjir kilat di dua kawasan perumahan sehingga ke paras buku lali itu menyebabkan penduduk mengalihkan barangan rumah dan perabot ke tempat lebih tinggi.
Penduduk Taman Ambar, Cheng Sak Wang, 63, berkata dia terkejut apabila melihat ruang tamu rumah teresnya ditenggelami air kira-kira 15 sentimeter (cm).
"Rumah saya dilanda banjir kilat..walaupun ia bukan banjir besar namun ia memberi masalah buat saya ketika mahu membersihkan rumah.
"Saya berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan memastikan aliran air, longkang dan sungai bebas dari tersumbat, " katanya.
Sementara itu, jurucakap dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dihubungi berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung air naik di jalan di Taman Rakyat, di sini. Jurucakap itu, berkata pihaknya sudah membuat rondaan di sekitar kawasan terjejas sebagai persediaan awal banjir.
Subscribe to:
Posts (Atom)