Sunday 9 June 2013

Banjir separas buku lali

Alor Setar: Hujan lebat lebih tiga jam sejak jam 6 petang tadi menjejaskan kira-kira 300 penduduk di dua taman perumahan di Jalan Telok Wanjah, di sini.
Difahamkan, kejadian banjir kilat di dua kawasan perumahan sehingga ke paras buku lali itu menyebabkan penduduk mengalihkan barangan rumah dan perabot ke tempat lebih tinggi.
Penduduk Taman Ambar, Cheng Sak Wang, 63, berkata dia terkejut apabila melihat ruang tamu rumah teresnya ditenggelami air kira-kira 15 sentimeter (cm).

"Rumah saya dilanda banjir kilat..walaupun ia bukan banjir besar namun ia memberi masalah buat saya ketika mahu membersihkan rumah.
FotoHujan lebat sejak tiga jam menyebabkan beberapa jalan utama serta kawasan perumahan di sekitar bandar Alor Setar dinaiki air.

"Saya berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan memastikan aliran air, longkang dan sungai bebas dari tersumbat, " katanya.

Sementara itu, jurucakap dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dihubungi berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung air naik di jalan di Taman Rakyat, di sini. Jurucakap itu, berkata pihaknya sudah membuat rondaan di sekitar kawasan terjejas sebagai persediaan awal banjir.

No comments:

Post a Comment